Wednesday, 22 April 2015

Pentingnya Minum Air

Cuaca tidak menentu sekarang ini. Pagi hingga tengahari cuaca selalunya amat panas. Petang pula hujan turun dengan ribut dan petir. Sedikit sebanyak, cuaca memberi impak kepada badan kita terutamanya apabila cuaca sangat panas. Oleh itu, minumlah air dengan banyak kerana badan kita sangat memerlukan air di dalam suasana panas seperti sekarang. Mari kita lihat mengapa kita perlu minum air!

Minum Air Membantu Mengekalkan Imbangan Bendalir Badan
60% daripada badan kita terdiri daripada cecair. Fungsi cecair dalam badan ialah untuk penghadaman, penyerapan, peredaran, penciptaan air liur, pengangkutan nutrien, dan pengekalan suhu badan.

Apabila badan kekurangan air, otak akan mencetuskan mekanisme untuk memberi isyarat bahawa badan memerlukan air. Oleh itu, kita akan merasa haus. Jika anda merasa haus, janganlah abaikan kerana itu tandanya badan anda kekurangan air.
Bagaimana pula adab meminum air? Mulakanlah dengan Bismillah. Janganlah minum terus-terusan tetapi minumlah 2-3 teguk, berhenti dan kemudian minum lagi. Sudahilah dengan Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment