Friday, 24 July 2015

Free eBook 50 Amalan Mudah Anak Soleh

ebook 50 Amalan Mudah Anak Soleh Bersama Amira & Umar boleh dimuat-turut secara percuma. Kandungan Islamik tentang amalan-amalan mudah untuk anak-anak ikuti sebagai amalan seharian.

Muat turun: 50 Amalan Mudah Anak Soleh Bersama Amira & Umar

Silalah muat-turun dan gunakan. Semoga bermanfaat.

Wednesday, 20 May 2015

Buku Kini di Pustaka Seri Maju

Buku MYSA Amira dan Umar Meneroka Dunia Sains kini boleh didapati di Pustaka Seri Maju, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.
Harga: RM25.00 sahaja

Dapatkan versi iBook di Apple iTunes.

Dapatkan versi eBook di eSentral.com.

Thursday, 14 May 2015

Amalan Istighfar

Amira nak ajak kawan-kawan untuk selalu beristighfar. Sebutan istighfar mudah sahaja iaitu: “Astaghfirullahal’adzim”. Maksudnya sangat hebat iaitu “Aku memohon ampun padaMu Allah yang Maha Agung”.
Setiap kali kita beristighfar, kita memohon semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Mari kita amalkan!

~ snippet dari buku "50 Amalan Mudah Anak Soleh Bersama Amira & Umar"

Tuesday, 12 May 2015

Minum Air Selepas Bangun Tidur

Minum air selepas bangun tidur ialah amalan yang sangat bagus untuk kesihatan. Badan kita berehat lebih kurang 8 jam semasa kita tidur. Itu adalah satu jangka masa yang agak lama. Oleh sebab itu, badan kita kekurangan air. Minum air kosong selepas bangun tidur dapat menghidratkan kembali badan kita.

Jadi, minumlah air selepas bangun dari tidur ya! Lagipun, selalunya kita mesti rasa haus pada waktu pagi bukan? Oh ya, ada satu lagi pesanan daripada Amira. Sebelum minum, duduklah dan baca “بسم الله الرحمن الرحيم” .

~ snippet dari buku "50 Amalan Mudah Anak Soleh Bersama Amira & Umar"

Wednesday, 22 April 2015

Pentingnya Minum Air

Cuaca tidak menentu sekarang ini. Pagi hingga tengahari cuaca selalunya amat panas. Petang pula hujan turun dengan ribut dan petir. Sedikit sebanyak, cuaca memberi impak kepada badan kita terutamanya apabila cuaca sangat panas. Oleh itu, minumlah air dengan banyak kerana badan kita sangat memerlukan air di dalam suasana panas seperti sekarang. Mari kita lihat mengapa kita perlu minum air!

Minum Air Membantu Mengekalkan Imbangan Bendalir Badan
60% daripada badan kita terdiri daripada cecair. Fungsi cecair dalam badan ialah untuk penghadaman, penyerapan, peredaran, penciptaan air liur, pengangkutan nutrien, dan pengekalan suhu badan.

Apabila badan kekurangan air, otak akan mencetuskan mekanisme untuk memberi isyarat bahawa badan memerlukan air. Oleh itu, kita akan merasa haus. Jika anda merasa haus, janganlah abaikan kerana itu tandanya badan anda kekurangan air.
Bagaimana pula adab meminum air? Mulakanlah dengan Bismillah. Janganlah minum terus-terusan tetapi minumlah 2-3 teguk, berhenti dan kemudian minum lagi. Sudahilah dengan Alhamdulillah.

Monday, 13 April 2015

Usia Bumi Kita

Usia bumi kita sebenarnya sangatlah tua. Kajian saintis mendapati usia bumi ialah kira-kira 4.5 billion tahun. 4.5 bilion jika ditulis secara nombor ialah 4,500,000,000!

Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun. Lebih dari 192 negara seluruh dunia menyambut Hari Bumi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan pemeliharaan alam sekitar. Antaranya ialah menanam pokok-pokok, membuat barangan kraf dari bahan terbuang, berbasikal di taman dan pelbagai aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang lain.

~ Dipetik dari buku MYSA Siri 1 - Amira & Umar Meneroka Dunia Sains.

Saturday, 11 April 2015

Mari Buat Salad Buah-buahan

Salad buah-buahan adalah makanan yang sihat. Buah-buahan mengandungi vitamin, mineral dan serat yang amat bagus untuk badan kita. Mari belajar buat salad buah-buahan dengan Chef Qistina!

Friday, 10 April 2015

Adab Ketika Azan

Semasa azan berkumandang, seharusnya kita diam, jangan bercakap apa-apa tanda hormat pada laungan azan. Sahutlah secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu'azzin, kecuali pada lafaz “hayya 'ala as-salah” dan “hayya 'ala al-falah”. Kedua-duanya kita patut sahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

Untuk azan Subuh pula, apabila mu'azzin mengucapkan: "Assolaatu khairun minan naum" (maksudnya: Solat itu lebih baik daripada tidur), maka kita jawablah: "Shodaqta wabarar ta" (maksudnya: Engkau (mu'azzin) benar, engkau betul).

Thursday, 9 April 2015

Selawat Atas Nabi Muhammad SAW

Jika kita mendengar nama Rasul kita disebut contohnya “Nabi Muhammad” atau “Rasulullah”, kita digalakkan menyambung dengan kata-kata “Sallallahu Alaihi Wasallam”. Ianya adalah ucapan hormat ke atas Rasul kita yang bermaksud: “Sejahteralah ke atas baginda”.

Sayang Rasulullah!

Doa Semasa Hujan

Petang-petang sekarang selalu hujan turun dengan lebat kan? Apabila hujan turun, walaupun lebat dan ribut, janganlah kita mengomel pula. Hujan yang turun itu rahmat dari Allah swt.

Mari kita baca doa semasa hujan turun iaitu: اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا (Allahumma Soyyiban Nafi'an). Doa ini bermaksud: "Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat".

Kita juga patut banyak berdoa semasa hujan turun kerana itu adalah antara waktu mustajab untuk berdoa. Terdapat hadis sahih yang menyatakan: "Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika hujan".

MYSA iBook dan Buku Dilancarkan

Sabtu, 07hb Mac 2015: Dextra Resources Sdn Bhd (DRSB) hari ini melancarkan iBook bertajuk MYSA Siri 1 Pengembaraan Sains dan Islamik: Amira & Umar Meneroka Dunia Sains di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

iBook ini merupakan satu produk berbentuk buku elektronik yang mengandungi elemen-elemen multimedia seperti video, slideshow, animasi 3D dan sebagainya yang disasarkan kepada kanak-kanak berumur dalam lingkungan 6 hingga 9 tahun. Kandungan iBook ini tertumpu kepada topik Sains dan Islam untuk menarik minat kanak-kanak meneroka bidang Sains dengan suntikan Islamik. iBook juga dilihat sebagai satu platform alternatif untuk kanak-kanak memupuk minat membaca dengan elemen-elemen interaktif untuk menarik minat mereka.


Pembabitan pendakwah bebas yang juga bergelar Imam Muda iaitu Ustaz Syed Mohd Faris Syed Roslan dilihat sebagai satu tarikan kepada iBook MYSA ini. Ustaz Syed Faris diangkat sebagai satu watak bersama dua watak fiksyen 2D dan 3D iaitu sepasang adik-beradik kembar bernama Amira dan Umar. Mereka bertiga membawa pelbagai cerita tauladan, fakta, informasi, tips dan nasihat sambil membawa pembaca meneroka dunia Sains dan Islam.


Platform iBook dipilih kerana ianya platform yang sesuai dengan idea yang dibawa oleh DRSB. Ianya boleh dimuat turun di Apple Store (iBook) dan dibuka menggunakan peranti iPad. iBook adalah satu platform yang masih belum banyak diterokai di pasaran tempatan. Kandungan iBook di dalam Bahasa Malaysia di Apple Store juga amat kurang. Projek ini adalah ibarat 2-dalam-1 iaitu serentak dengan penghasilan iBook, kandungan yang sama terbitkan sebagai buku.


Sebagai satu nilai tambah kepada iBook, buku MYSA Siri 1, Pengembaraan Sains Islamik: Amira dan Umar Menerokai Dunia Sains yang turut dilancarkan hari ini dimuatkan dengan ciri-ciri Augmented Reality. Dengan menggunakan aplikasi Aurasma yang boleh dimuat turun dari Google Play, elemen-elemen multimedia dapat ditonton dan didengar walaupun dengan hanya memiliki buku. Disamping itu, elemen-elemen multimedia juga boleh ditonton dan didengar di Channel YouTube bertajuk Projek MYSA.


iBook MYSA Siri 1, Pengembaraan Sains Islamik: Amira dan Umar Menerokai Dunia Sains boleh dimuat turun di Apple Store (iBook). Buku MYSA Siri 1, Pengembaraan Sains Islamik: Amira dan Umar Menerokai Dunia Sains pula boleh dibeli secara online di laman web DRSB [http://www.dextraresources.com] dan di kedai-kedai buku terpilih.


Memperkenalkan MYSA Islam & Sains

Montage pengenalan kepada MYSA iBook, eBook dan buku. Buku pertama bertajuk Amira & Umar Meneroka Dunia Sains. Mari teroka dunia Sains dan Islam dengan Amira, Umar dan Ustaz mereka Imam Muda Syed Faris.