Friday, 24 July 2015

Free eBook 50 Amalan Mudah Anak Soleh

ebook 50 Amalan Mudah Anak Soleh Bersama Amira & Umar boleh dimuat-turut secara percuma. Kandungan Islamik tentang amalan-amalan mudah untuk anak-anak ikuti sebagai amalan seharian.

Muat turun: 50 Amalan Mudah Anak Soleh Bersama Amira & Umar

Silalah muat-turun dan gunakan. Semoga bermanfaat.

Wednesday, 20 May 2015

Buku Kini di Pustaka Seri Maju

Buku MYSA Amira dan Umar Meneroka Dunia Sains kini boleh didapati di Pustaka Seri Maju, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.
Harga: RM25.00 sahaja

Dapatkan versi iBook di Apple iTunes.

Dapatkan versi eBook di eSentral.com.

Thursday, 14 May 2015

Amalan Istighfar

Amira nak ajak kawan-kawan untuk selalu beristighfar. Sebutan istighfar mudah sahaja iaitu: “Astaghfirullahal’adzim”. Maksudnya sangat hebat iaitu “Aku memohon ampun padaMu Allah yang Maha Agung”.
Setiap kali kita beristighfar, kita memohon semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.
Mari kita amalkan!

~ snippet dari buku "50 Amalan Mudah Anak Soleh Bersama Amira & Umar"

Tuesday, 12 May 2015

Minum Air Selepas Bangun Tidur

Minum air selepas bangun tidur ialah amalan yang sangat bagus untuk kesihatan. Badan kita berehat lebih kurang 8 jam semasa kita tidur. Itu adalah satu jangka masa yang agak lama. Oleh sebab itu, badan kita kekurangan air. Minum air kosong selepas bangun tidur dapat menghidratkan kembali badan kita.

Jadi, minumlah air selepas bangun dari tidur ya! Lagipun, selalunya kita mesti rasa haus pada waktu pagi bukan? Oh ya, ada satu lagi pesanan daripada Amira. Sebelum minum, duduklah dan baca “بسم الله الرحمن الرحيم” .

~ snippet dari buku "50 Amalan Mudah Anak Soleh Bersama Amira & Umar"

Wednesday, 22 April 2015

Pentingnya Minum Air

Cuaca tidak menentu sekarang ini. Pagi hingga tengahari cuaca selalunya amat panas. Petang pula hujan turun dengan ribut dan petir. Sedikit sebanyak, cuaca memberi impak kepada badan kita terutamanya apabila cuaca sangat panas. Oleh itu, minumlah air dengan banyak kerana badan kita sangat memerlukan air di dalam suasana panas seperti sekarang. Mari kita lihat mengapa kita perlu minum air!

Minum Air Membantu Mengekalkan Imbangan Bendalir Badan
60% daripada badan kita terdiri daripada cecair. Fungsi cecair dalam badan ialah untuk penghadaman, penyerapan, peredaran, penciptaan air liur, pengangkutan nutrien, dan pengekalan suhu badan.

Apabila badan kekurangan air, otak akan mencetuskan mekanisme untuk memberi isyarat bahawa badan memerlukan air. Oleh itu, kita akan merasa haus. Jika anda merasa haus, janganlah abaikan kerana itu tandanya badan anda kekurangan air.
Bagaimana pula adab meminum air? Mulakanlah dengan Bismillah. Janganlah minum terus-terusan tetapi minumlah 2-3 teguk, berhenti dan kemudian minum lagi. Sudahilah dengan Alhamdulillah.

Monday, 13 April 2015

Usia Bumi Kita

Usia bumi kita sebenarnya sangatlah tua. Kajian saintis mendapati usia bumi ialah kira-kira 4.5 billion tahun. 4.5 bilion jika ditulis secara nombor ialah 4,500,000,000!

Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun. Lebih dari 192 negara seluruh dunia menyambut Hari Bumi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan pemeliharaan alam sekitar. Antaranya ialah menanam pokok-pokok, membuat barangan kraf dari bahan terbuang, berbasikal di taman dan pelbagai aktiviti-aktiviti menyeronokkan yang lain.

~ Dipetik dari buku MYSA Siri 1 - Amira & Umar Meneroka Dunia Sains.

Saturday, 11 April 2015

Mari Buat Salad Buah-buahan

Salad buah-buahan adalah makanan yang sihat. Buah-buahan mengandungi vitamin, mineral dan serat yang amat bagus untuk badan kita. Mari belajar buat salad buah-buahan dengan Chef Qistina!